Write For Us

Zahid beri amaran, jangan campur hal ehwal Islam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mencampuri hal ehwal agama Islam di negara ini.
Walaupun tidak menyebut secara jelas amaran tersebut merujuk kepada siapa, namun Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan semua pihak haruslah menghormati undang-undang Islam itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Projek Residensi RAH, Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut memberi amaran agar tidak semberono melakukan sesuatu perkara seolah-olah mahu dirombak sesuatu yang subhah.
"Ada asbabun nuzul. Bedasarkan hukum quran, sunnah, itjma ulama dan qias, ini harus dihormati.
"Jangan semberono sesuatu dilakukan seolah-olah mahu dirombak sesuatu yang subhah yang harus diakui, ditolak. Tak boleh begitu," tegas Ahmad Zahid.
Malaysiakini semalam melaporkan bekas hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram sebagai berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ahmad Zahid boleh dikenakan tindakan undang-undang yang serius, termasuk dipenjara.
Sri Ram dilapor ini kerana kenyataan mereka berhubung keputusan mahkamah rayuan mengenai anak tidak sah taraf.
Mahkamah rayuan pada Khamis lalu memutuskan bahawa seorang anak yang dilahirkan di luar nikah boleh dibin atau dibintikan dengan nama bapanya.
Mahkamah juga memutuskan bahawa fatwa mengenainya oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang.
JPN bagaimanapun berkata, pihaknya akan meneruskan penasaban anak tidak sah taraf orang Islam seperti “sedia ada” dan sebarang pindaan terhadap pelaksanaan hanya akan dipertimbangkan selepas keputusan mahkamah persekutuan diperoleh.
Zahid, kelmarin berkata umat Islam mesti bersatu kerana tidak mahu keputusan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan dicabar mana-mana pihak, sama ada dari 'individu atau sistem perundangan lain'.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment