Write For Us

Zahid gagal dapat passport, umrah disarankan bukan wajib - Hakim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Presiden Umno yang sedang bercuti Ahmad Zahid Hamidi gagal mendapatkan pasport untuk sementara bagi mengerjakan umrah pada bulan puasa ini.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Azahar Mohamed sebulat suara menolak rayuannya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
Azhar ketika membacakan penghakiman panel itu berkata, Mahkamah Persekutuan tiada alasan kukuh untuk campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mahkamah Rayuan pada 14 Mei lalu juga berkata tiada sebab untuk mencampuri keputusan mahkamah lebih rendah berkaitan perkara itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menyatakan bahawa walaupun mengerjakan umrah disarankan semasa bulan puasa namun ia bukan wajib.
Pasport Zahid ditahan setelah beliau berdepan 47 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah (CBT) dan rasuah di mahkamah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment