Write For Us

Zahid Hamidi pula jumpa Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjadi pemimpin utama pembangkang yang ketiga mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memuat naik status di laman sosial twitternya, Zahid melahirkan rasa syukur kerana dapat bertemu dengan Mahathir di bulan Ramadhan dan erharap pertemuan itu memberi kebaikan kepada semua.
Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diiringi Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas setiausaha agung PAS Mustafa Ali mengunjungi Dr Mahathir di pejabatnya.
Selain itu, hujung Mei lalu, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut mengunjungi Dr Mahathir dan memaklumkan keputusannya untuk membawa PBB keluar BN.
Sementara itu, tahun lalu, Ahmad Zahid membidas Dr Mahathir dengan mempersoalkan asal-usul pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
Susulan itu, Dr Mahathir mengecam Ahmad Zahid dengan mendakwa beliau mempunyai kekayaan luar biasa dan merancang menjatuhkan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment