Write For Us

Zahid Hamidi tidak disekat untuk merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
58 Views
Published
Walaupun sedang bercuti daripada menjalankan tugasnya sebagai Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak disekat untuk merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian, kata Timbalannya Mohamad Hasan
"Dia sebagai ketua bahagian dan sesiapa sahaja pun boleh datang untuk merasmikan mesyuarat bahagian.
Jemputan daripada (Umno) bahagian, sesiapa sahaja boleh datang rasmi bahagian.
"Tidak timbul soal bercuti daripada tugas presiden.
Tapi dia masih lagi ahli parlimen Bagan Datuk, masih sebagai ketua bahagian Bagan Datuk," katanya kepada media ketika menghadari Muktamar PAS ke-65 di Kuantan, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Ahmad Zahid boleh merasmikan mesyuarat tersebut apabila sudah mengambil cuti daripada tugas-tugas presiden.
Terdahulu Malaysiakini menerima maklumat Ahmad Zahid bakal merasmikan dua mesyuarat perwakilan Umno iaitu bagi bahagian Kepong dan Masjid Tanah.
Justeru kata Mohamad, tidak timbul soalan bekas timbalan perdana menteri itu tidak boleh ke mana-mana.
"Bahkan elok beliau pergi, beliau masih presiden parti tetapi cuma cuti daripada menjalankan tugas presiden. Beliau adalah presiden yang sah yang dipilih oleh ahli semasa pemilihan 2018," katanya yang kini menggalas tugas presiden Umno.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment