Write For Us

Zahid 'kaki pembohong', kata Mahathir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
175 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa terkejut kerana tidak pernah sesiapa lagi yang menyentuh asal usulnya yang berbeza daripada yang diketahui umum.
Ini susulan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana berbohong sewaktu mendedahkan salinan kad pengenalan yang dikatakan milik Mahathir dengan nama "Mahathir a/l Iskandar Kutty" ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya, semalam.
Mahathir menyifatkan Ahmad Zahid sebagai 'kaki pembohong' kerana tidak boleh menunjukkan kad identitinya yang berwarna biru.
Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Facebook hari ini.
- Zahid: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty
Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.
Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid berkata beliau tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.
JPN berada bawah bidang kuasa kementeriannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment