Write For Us

Zahid nyatakan sokongan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan Negara bagi memastikan semua dasar pendidikan negara tidak diubah walaupun menteri pendidikan dan pendidikan tinggi silih berganti.
Timbalan perdana menteri itu berkata, suruhanjaya itu kelak akan memastikan semua dasar pendidikan negara tidak diubah walaupun menteri pendidikan dan pendidikan tinggi silih berganti.
“Jangan jadikan murid-murid kita dan pelajar-pelajar dimasukkan dalam makmal ujian. Mereka bukan bahan uji kaji, mereka adalah aset negara kita.
“Jangan ada agenda peribadi dalam sektor pendidikan, jangan ada pemikiran yang sempit. Kita mesti membangunkan bangsa kita dan negara kita di persada yang lebih memuncak dan menjanjikan pemerkasaan," ” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Tahunan GPMS ke-63 hari ini.
Terdahulu dalam ucapan Presiden GPMS, Zamri Mohd Isa mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan Negara supaya memandu sistem pendidikan negara sentiasa konsisten dan berada di landasan tepat.
Untuk rekod, pendidikan negara mempunyai satu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1974 dan mempunyai 13 anggota dilantik Yang di-Pertuan Agong.
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota perkhidmatan pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/tetap perkhidmatan serta kawalan tatatertib.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment