Write For Us

Zahid perjelas isu bayaran kad kredit guna dana yayasan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dana Yayasan Akal Budi memang ada digunakan untuk melunaskan bayaran kad kreditnya namun menegaskan ia berlaku kerana kesilapan pegawainya.
Menurut presiden Umno itu bil kad kredit terbabit diserahkan kepada pegawai berkenaan.
Bagaimanapun katanya berlaku kekeliruan sehingga bayaran berkenaan dibuat menggunakan duit yayasan tersebut.
Beliau berkata demikian kepada media di Putrajaya hari ini.
Terdahulu Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri hadir untuk hari kedua ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan.
Semalam beliau hadir untuk kali pertama dan menghabiskan masa hampir sembilan jam di bangunan agensi antirasuah berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment