Write For Us

Zahid 'tanggal topi' lancar derma spontan untuk Rohingya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
189 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengetuai kempen derma untuk membantu etnik Rohingya yang sedang ditindas di Rakhine, Myanmar.
Lebih menarik kempen itu berlangsung secara spontan semasa beliau berucap merasmikan majlis penutup program Merdeka Rides 2017 di Putrajaya.
Di akhir ucapannya Ahmad Zahid menanggalkan topi yang dipakainya dan menggesa hadirin - kebanyakannya anggota Persatuan Superbikers Malaysia - menghulurkan bantuan.
"Marilah kita bangun memberi dukungan dan sokongan kepada Rohingya.
"Mari buka topi dan hulurkan derma sebanyak mungkin," katanya.
Menegaskan beliau bukan mahu menunjuk-nunjuk, dalam tempoh kurang dari 10 minit hampir RM4,000 berjaya dikumpulkan.
Terdahulu dalam ucapannya Ahmad Zahid berkata penunggang motosikal boleh pergi ke mana-mana dengan bebas kerana negara ini aman.
"Tapi cuba kita kenang apa yang sedang berlaku di Myanmar. Rohingya dihalau dari tanah air mereka, bersabung nyawa, dibakar, dipancung dengan kejam," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment