Write For Us

Zahid tiba di mahkamah, dikawal ketat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Suruhanjaya Pencegahana Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan akan berdepan dengan pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana sebuah yayasan milik keluarganya.
Penahanan itu dibuat pada jam 3.15 petang di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini, setelah bekas timbalan perdana menteri itu diarahkan untuk hadir.
Menurut kenyataan SPRM, Ahmad Zahid dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok untuk pendakwaan.
Beliau akan dituduh mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.
Sebelum itu, Ahmad Zahid hadir ke SPRM sekali lagi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes penyelewengan dana sebuah yayasan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment