Write For Us

Zaid umum sertai DAP secara rasmi

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
95 Views
Published
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara rasmi menyertai DAP.
"Saya ingin mengumumkan bahawa saya telah menyertai DAP," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.
Beliau diapit oleh pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai, pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini adalah penyertaan ketiga Zaid dalam parti politik sejak meninggalkan Umno pada 2008.
Beliau pernah menyertai PKR pada Jun 2009 tetapi meninggalkan parti itu pada November 2010 atas alasan tidak berpuas hati dengan penipuan dan pembelian undi dalam pemilihan parti yang menyaksikan Datuk Seri Azmin Ali dipilih sebagai timbalan presiden.
Pada tahun yang sama, beliau mengambil-alih KITA dan menjadi presiden tetapi melepaskan jawatannya pada 2012.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment