Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil terhadap tindakan mereka mengenai isu pengampunan Najib Razak yang diumumkan semalam
Pemangku Presiden, Amira Aisya berkata Muda ingin mengetahui apakah nasihat Dr Zaliha selaku salah seorang ahli Lembaga Pengampunan manakala Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selaku jurucakap Kerajaan Perpaduan harus menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh rakyat.
Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa ia telah mengurangkan tempoh penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, ini bermakna Najib akan dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2028.
Dalam mesyuarat pada 29 Jan, lembaga itu juga mengurangkan denda yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=751945269846499

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment