Write For Us

'Zaman beliau berkuasa, hebat-hebat belaka - ini nostalgia dongeng'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan sanjungan anak muda terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya begitu hebat pada zaman dulu untuk dibandingkan pada masa kini, sebagai nostalgia dongeng.
Khairy berkata walaupun tidak menafikan sumbangan Mahathir dalam pembangunan negara, beliau tidak boleh menerima bulat-bulat bahawa segala-galanya sempurna dan indah di bawah pemerintahan tokoh selama 22 tahun itu.
"Malangnya anak muda hari ini dikhayal dengan nostalgia dongeng sehingga mereka percaya bahawa negara kita ini jauh lebih baik dahulu berbanding sekarang. Mungkin mereka terlalu muda untuk mengingat betapa tidak seimbangnya pembangunan masa dahulu. Ya, memang betul Menara Kembar Petronas yang tinggi menjulang adalah legasi beliau, begitu juga Litar Lumba Sepang dan Putrajaya.
Tapi jangan dilupa, kebanyakan daripada fokus kemajuan tersebut hanya di Lembah Klang sahaja.
"Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan lain? Kawasan-kawasan majoriti ahli perwakilan yang ada di dalam dewan ini? Di zaman beliau tiada pula kita melihat projek-projek seperti koridor ekonomi di Iskandar, di Utara, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Juga Vision Valley di Negeri Sembilan. Pada zaman itu, ada ke dibina Lebuhraya Pan Borneo yang menyambungkan Sematan di hujung Sarawak hingga Tawau di hujung Sabah, tanpa tol? Apakah ada pembangunan yang besar di Pantai Timur Semenanjung? Yang pasti berlaku dan takkan saya lupa, projek Lebuhraya Pantai Timur di Terengganu dibatalkan setelah Barisan Nasional kalah di situ pada tahun 1999!
"Janganlah kita membiarkan diri hanyut dibuai nostalgia dongeng tatkala terdongak kagum melihat Menara Berkembar, lantas percaya bahawa Malaysia lebih makmur pada zaman itu. Pembangunan negara dalam erti sebenar bukan hanya dengan terdirinya KLCC atau terbangunnya Putrajaya semata-mata. Pada zaman itu, negeri yang kadar kemiskinannya berada di paras bawah satu peratus hanya Kuala Lumpur sahaja - yang lain jauh lebih tinggi. Negeri beliau sendiri lebih sepuluh peratus. Takkan kita cetek sangat, semata-mata ada KLCC, ada Putrajaya, ada Litar Sepang, kita terus anggap semua rakyat dari Perlis ke Johor, Perak ke Sabah, hidup sama rata?" kata Khairy pada Perhimpunan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment