Write For Us

Zawawi mengundi di SK Jalan Kebun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis daripada PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, yang merupakan antara pengundi berdaftar di kawasan itu, menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Kebun, di Shah Alam.
Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh, Jalan Kebun itu tiba di sekolah ‘alma mater’ beliau pada pukul 9 pagi, dengan ditemani isteri, Hazlina Abdul Razak yang turut mengundi di pusat mengundi sama.
Pusat pengundian di SK Jalan Kebun itu adalah antara 19 pusat mengundi yang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 51,217 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Cuaca yang baik dan cerah pagi ini memudahkan para pengundi untuk keluar awal.
Tiada pengundi awal bagi PRK DUN Sungai Kandis.
PRK, yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zawawi, yang merupakan Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Pusat, calon BN Datuk Lokman Noor Adam, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, dan calon Bebas K. Murthy yang merupakan pesara kerajaan.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR, pada 2 Julai akibat kanser limfoma.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment