Write For Us

Zizan 'petik' Thanabalan, doa M'sia jaring 5-0

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Demam perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA 2017 nampaknya semakin menjadi-jadi.
Bukan hanya bagi peminat-peminat bola sepak malah turut mendapat perhatian di kalangan artis Malaysia.
Terbaru, pelakon dan pelawak popular, Zizak Razak memuat naik video ucapan kepada pasukan bola sepak negara bagi perlawanan akhir nanti.
"Malaysia mesti menang untuk perlawanan Sukan SEA 2017, jadi saya doakan Malaysia menang 5-0.
"Thanabalan, Thanabalan... tanda-tanda yang baik untuk Malaysia," katanya.
Zizan kini dalam persiapan untuk beraksi dalam filem pecah panggung Polis Evo 2 dan merupakan pelakon utama filem Abang Long Fadil 2 yang kini sedang ditayangkan di pawagam bermula minggu lalu.
- Aksi tandukan 'keramat' Thanabalan buat Indonesia tergamam
Sentuhan penyerang negara, N Thanabalan pada penghujung masa perlawanan‎ melayakkan skuad bola sepak Malaysia ke pentas akhir selepas menewaskan Indonesia 1-0, pada Sabtu lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment