Write For Us

Zizan rugi jutaan ringgit, kawan pinjam duit pula hilangkan diri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
PELAWAK Zizan Razak terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit selepas menjadi mangsa penipuan daripada beberapa pihak yang hanya mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Bukan sahaja penipuan membabitkan urusan perniagaan, Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 40, turut memberitahu ada juga individu yang menghilangkan diri selepas diberikan pinjaman kewangan.

"Yang scam itu bukan baju Melayu tapi perniagaan sebelum-sebelum ini. Ada yang nak pinjam duit, ada juga yang nak jalinkan perniagaan dengan saya.

"Tapi bila minta bayaran semula mereka terus hilang, nilai mencecah jutaan juga. Untuk orang seperti saya nilai itu memang besar," katanya kepada mStar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Zizan Razak, Zizan rasak ditipu, Zizan Razak kena scam
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment