Write For Us

Zuraida perjelas isu tidak hadir mesyuarat PKR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin tidak dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang berlangsung hari ini disebabkan mempunyai komitmen lain.
Jelas Ahli Parlimen Ampang itu, ketidakhadirannya dalam mesyuarat itu tidak perlu diperbesarkan kerana faktor kesibukannya dalam hal ehwal parti dan pentadbiran kerajaan yang memegang portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau juga berkata dilabelkan seorang yang rajin hadir mesyuarat sebelum ini namun selepas dilantik menjadi menteri Kabinet komitmen kerja menyebabkan kesuntukan masa menghadiri mesyuarat parti.
"Tak datang mesyuarat tak menjadi isu kerana saya seorang yang rajin datang mesyuarat sebelum ini. Lepas jadi menteri ada kewajipan urusan menjadi menteri perlu diuruskan. Beri saya masa tumpu kementerian, lepas kita stabil Insya-ALLAH kita akan hadir mesyuarat," katanya pada program yang berlangsung di Hotel Carlton, Shah Alam, semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment