Write For Us

‘Dadah tak kenal anak orang PAS atau Umno’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood menegaskan gejala penagihan dadah tidak mengenal sesiapa termasuk sama ada anak ahli PAS atau Umno.
Beliau yang juga exco kerajaan tempatan, perumahan, belia dan sukan menjelaskan kesukaran dialami bagi menjalankan tanggungjawab sebagai naib presiden Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) apabila tidak dibenarkan hadir ke program pencegahan dadah di sekolah-sekolah.
"Dadah tak kenal anak siapa, tak kenal anak orang PAS atau Umno.
"Sebab itu saya sebut dalam dewan, sebagai naib presiden PEMADAM pun saya tak boleh masuk dalam sekolah.
"Pengetua sekolah terus dipanggil (PPD) Pejabat Pendidikan Daerah, sedangkan kita pinjam bilik untuk buat kursus kepada penghulu," katanya ketika berucap di Persidangan DUN Ke-13 di Kota Bharu, hari ini.
Beliau menjawab soalan ADUN Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengemukakan soalan tambahan dan cadangan supaya PAS dan Umno bekerjasama merancangan program pencegahan dadah di negeri itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment