Write For Us

‘Dong Zong rasis’ - kita perlu komunikasi, jangan bina tembok, kata Teo

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Daripada membina tembok di antara kedua-dua pihak, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mencadangkan supaya harus ada komunikasi lebih baik di pihak kerajaan dan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong.
"Saya rasa kita harus mempunyai lebih banyak komunikasi, dan bukannya (bina) lebih banyak tembok antara kita.
"Lepas itu (kita) kita boleh pupuk saling menghormati dan persefahaman dalam masyarakat," katanya ketika menghadiri pelancaran pendidikan sivik peringkat kebangsaan di Putrajaya, hari ini.
Teo berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, semalam yang melabelkan Dong Zong sebagai “rasis” kerana mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah sebagai satu bentuk "Islamisasi".
Kumpulan pendikan Cina itu baru-baru ini melancarkan satu petisyen bagi membantah pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil.
Bantahan itu tetap diteruskan di sebalik pengumuman Kementerian Pendidikan pada 8 Ogos lalu bahawa pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil akan dilaksanakan secara pilihan, dengan guru diberi kuasa menetapkan kaedah pengajaran.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment