Write For Us

NGO berhimpun desak Dong Zong diharamkan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Kira-kira 500 orang berhimpun secara aman mendesak Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) diharamkan berhubung isu pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.
Perhimpunan anjuran bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Gerakan Pembela Ummah Malaysia (Ummah) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) turut menuntut semua pihak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Presiden GAMIS, Saifullah Baiduri, menjelaskan tindakan Dong Zong bertentangan dan menyalahi Akta Pendidikan 1996 serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan itu di perkarangan sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada Rabu 1 Januari.
Saifullah berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bagi mempertahankan kedaulatan tulisan jawi.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment