Write For Us

Gamis hantar memorandum pada Raja Permaisuri Agong, desak haram Dong Zong

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendesak agar Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) segera diharamkan atas alasan mengganggu perpaduan dan Perlembagaan Negara.
Desakan itu disuarakan dalam ‘Himpunan Bangkit Pertahan Jawi, Haramkan Dong Zong’ yang berlangsung di ibu negara, pada Rabu.
Perhimpunan itu diadakan bagi menyatakan kekesalan susulan bantahan Dong Zong terhadap pengenalan subjek tulisan jawi di sekolah vernakular, disertai mahasiswa dari seluruh negara.
"Kami beri amaran untuk Dong Zong agar menghentikan bantahan kalian. Jika tidak, kami tidak akan teragak-agak untuk menggerakkan mahasiswa bangkit dan berhimpun bersama supaya pertubuhan itu diharamkan.
"Kami juga mahu agar pelajaran jawi diajar di semua sekolah termasuk SJK(C) dan SJK(T) kerana ia bertepatan dengan Perlembagaan Negara yang menyatakan jawi adalah sebahagian dalam Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan," kata Presiden GAMIS, Saifullah Baiduri.
Terdahulu, kira-kira 1,000 peserta menunaikan solat Zuhur di Masjid Jamek, sebelum bergerak ke kompleks beli-belah Sogo, kira-kira jam 2.30 petang, semalam
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment