Write For Us

Jawi: Dong Zong serah memorandum mahu adakan dialog dengan Menteri Pendidikan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan berhubung pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).
Antara lain memorandum dua muka surat itu menggesa satu pertemuan bersama Menteri Pendidikan diadakan segera dengan pertubuhan itu bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular.
Memorandum yang turut memuatkan resolusi hasil perbincangan oleh 17 pertubuhan berkenaan pada 28 Dis lepas itu diterima oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Dr Habibah Abdul Rahim.
Ogos lepas, Kementerian Pendidikan mengesahkan akan tetap melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada 2020 seperti yang dijadualkan walaupun mendapat bantahan mengenai pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment