Write For Us

KMUM adakan demonstrasi aman serah memorandum 13 tuntutan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) pada Jumaat 13 Disember mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut peningkatan kebajikan dan keselesaan lebih 13,000 pelajar universiti tertua di Malaysia itu.
Presidennya, Mohd Akmal Haziq Ahmad Rumaizi, berkata demonstrasi berlangsung di hadapan bangunan Canseleri kampus itu, membabitkan penyerahan memorandum mengandungi 13 tuntutan kepada Naib Canselor UM.
Katanya, antara desakan utama ialah pihak pengurusan UM segera menambah kekerapan jadual pengangkutan awam, terutama bas henti-henti daripada antara sejam hingga tiga jam sebuah bas kepada setiap 15 minit.
Beliau berkata, langkah itu perlu kerana kira-kira 60 peratus pelajar UM kini tinggal di luar kampus dan terpaksa membelanjakan duit poket kira-kira RM120 sebulan untuk berulang-alik dari rumah sewa setiap hari.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 100 mahasiswa sebelum menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Khas Naib Canselor UM, Mohd Khairi Md Jaafar.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment