Write For Us

Kecoh...MCA serah memorandum kepada DAP, balik kena kejar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
153 Views
Published
Setiausaha Bahagian MCA Cheras Toh Kian Kok hari ini melawat pejabat DAP Cheras dengan tujuan menyerahkan satu memorandum kepada penyandang Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.
Toh, juga adalah suami kepada Heng Sinn Yee yang disebut-sebut bakal dinamakan sebagai calon BN untuk bertanding di parlimen Cheras. Hasrat Toh adalah supaya Tan menangani 15 perkara yang dikatakan menjadi isu tempatan dan disebut dalam memorandum itu.
Memorandum berkenaan diterima oleh wakil DAP, Janice Choo.
Bagaimanapun, Toh dan rombongan kira-kira 20 penyokongnya tersentak dan terkejut apabila pemimpin dan penyokong DAP membawa kepadanya satu cermin besar dan dua kain rentang berwarna merah yang tertera dalam bahasa Cina.
Kain rentang itu antaranya berbunyi “Apabila babi memandang ke dalam cermin, wajah baik di dalam mahupun di luar bukannya manusia” dan “Seseorang yang tidak menyedari bahawa diri mereka adalah hodoh ibarat kuda yang tidak tahu betapa panjang mukanya.”
Toh dan pengikutnya menjadi berang dan cuba berundur tetapi dikejar oleh kira-kira lima belas anggota DAP yang mendesaknya menerima "hadiah berkenaan sebagai balasan".
Kedua-dua kumpulan itu berlari sehingga tiba di sebuah restoran yang terletak kira-kira 100 meter dari pejabat DAP. Penyokong DAP kemudian mencampakkan kain itu kepada Toh yang bertegas tidak mahu menerimanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment