Write For Us

Isu Bugis. BN serah memorandum pada Sultan Selangor esok

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Wakil rakyat BN akan menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok, kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Datuk Shukur Idrus.
Shukur berkata penyerahan memorandum itu dibuat selepas kecewa usul tergempar untuk membahaskan isu kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina masyarakat Bugis ditolak.
"Kita merasa kecewa dengan tindakan speaker yang menolak usul yang saya bawa yang mana usul ini saya kira cukup penting.
"Kita merasakan suatu penghinaan yang dibuat oleh pengerusi HARAPAN, yang mengina bangsa Bugis.
"Esok kita sendiri akan menghantar memorandum kepada tuanku untuk menyatakan kita telah pun menzahirkan suatu sokongan kepada tuanku tetapi ditolak mentah-mentah oleh DUN," kata Shukur dalam sidang media di lobi bangunan Annex DUN Selangor di Shah Alam, hari ini.
Semalam, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh menolak usul tergempar yang dibawa Shukur atas alasan ia tidak perlu disegerakan, apatah lagi kenyataan Mahathir masih dalam siasatan polis.
Shukur yang ternyata tidak berpuas hati mendesak Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali bersuara mempertahankan Sultan Selangor sekali gus menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung perkara itu.
Mengulas lanjut Shukur berkata memorandum itu juga bagi menuntut perkenan Sultan Selangor untuk campur tangan supaya menghalang Mahathir menggunakan kemudahan di negeri itu.
"Itu (campur tangan sultan halang Mahathir) tidak semestinya tidak boleh, kalau sekiranya ia berlaku dan itu keputusan tuanku kita menyokong.
"Perlu ada hukuman kepada orang ini yang begitu celupar untuk berkata tentang sesuatu kaum, untuk perpaduan sebuah negeri dan negara," kata Shukur.
Pada 2 November lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui satu kenyataan menyatakan rasa murka terhadap kenyataan yang dibuat Mahathir, dan menyifatkan ia cuba menghasut rakyat untuk membenci masyarakat Bugis.
Mahathir pula sudah menjelaskan perkara itu dengan berkata kenyataan 'lanun Bugis' itu hanya ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukannya seluruh masyarakat Bugis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment