Write For Us

Sivarasa mohon maaf pada Sultan Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Subang, Sivarasa Rasiah memohon maaf kepada Sultan Selangor kerana mengingkari arahan dengan memberi ucapan ringkas di Masjid An-Nur di Kg Melayu Subang pada 24 Mei lalu.
Dalam satu kenyataan, Sivarasa berkata permohonan maaf itu diserahkan dalam sepucuk surat peribadi kepada Sultan Selangor.
Dalam surat tersebut, Sivarasa menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sewaktu majlis pemberian sumbangan di masjid itu sambil menyifatkan ucapannya bukan satu ceramah atau ucapan politik.
Bagaimanapun, Sivarasa mengambil maklum titah Sultan Selangor pada 2 Jun lalu bahawa baginda memberi peringatan mana-mana ahli politik baik beragama Islam mahupun bukan Islam tidak boleh memberi apa-apa ceramah atau ucapan di dalam masjid atau di kawasan masjid.
- "Itu surat sulit," kata Azmin
Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau menyerahkan sendiri surat berkenaan kepada pihak Istana, dua hari lalu.
Bagaimanapun, kata Azmin, beliau enggan mendedahkan kandungan surat tersebut setelah diasak media, dan menyifatkan Sivarasa seorang yang bertanggungjawab.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment