Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita terhadap tindakan Anggota Parlimen Subang, R Sivarasa, yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat Klang Rabu lalu.
Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Haris Kasim berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.
Haris berkata pihak JAIS telah memanggil nazir masjid berkenaan pada Jumaat lalu untuk memberi penjelasan berhubung kejadian itu dan telah menyembahkan laporan itu kepada baginda, kelmarin.
Menurutnya, setelah meneliti laporan tersebut Sultan Selangor menyifatkan tindakan nazir serta penganjur seolah-olah tidak menghormati titah baginda yang melarang ruang masjid digunakan untuk aktiviti politik.
Katanya, Baginda Sultan turut menitahkan JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.
Haris berkata beliau difahamkan nazir masjid berkenaan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kehadiran Sivarasa pada program penyerahan sumbangan moreh masjid itu, dan pihaknya juga difahamkan tiada sebarang ceramah dijadualkan dalam program tersebut.
Rabu lalu, Sivarasa dilaporkan memasuki masjid itu sebagai mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam dewan solat.
Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat daripada PKR itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak.
Bagaimanapun, Sivarasa tampil menafikan beliau memberi ceramah politik di masjid berkenaan.
Berita Harian melaporkan kehadirannya di masjid itu disalahertikan sesetengah pihak kerana beliau hanya menyampaikan sumbangan RM71,000 untuk diagihkan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen berkenaan.
Jelasnya, beliau hanya membuat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinannya kepada komitmen kerajaan Selangor terus membimbing institusi surau dan masjid di Selangor.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment