Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana memperkenalkan Skim Peduli Sihat dan Peduli Siswa dengan tumpuan khusus kepada golongan B40 dan mahasiswa.
Titah baginda, program ini adalah cerminan rasa peduli kerajaan Negeri dalam sektor pendidikan dan kesihatan rakyat.
"Beta mengucapkan tahniah kepada Memanda Dato’ Menteri Besar yang terus tampil dengan idea-idea baru.
"Beta amat berbangga kerana negeri Beta merupakan negeri pertama memperkenalkan Skim Pembiayaan Rawatan Kesihatan Asas atau primary care kepada rakyat.
"Dengan pembiayaan RM125 juta, dapatlah rakyat Beta melakukan saringan kesihatan secara percuma untuk mengesan tanda-tanda awal sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit yang tidak berjangkit," titah baginda.
Baginda bertitah di Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke Lima Dewan Negeri Selangor yang ke 13, di Bangunan Annexe, di sini, hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment