Write For Us

Guan Eng ucap 'tahniah' pada Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan 'tahniah' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di atas sidang media khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu yang kononnya turut menyaksikan wakil rakyat PKR Selangor melompat parti.
"Saya ingat Perdana Menteri ada pengumuman besar.
"Tapi kalau ini dikira sebagai pengumuman besar, saya nak ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri," kata Lim.
Lim berkata demikian ketika ditanya pemberita semalam.
Najib pada Ahad lalu mengarahkan seluruh pemimpin kanan Umno untuk menyertai beliau dalam satu sidang akhbar khas, di mana beliau mengumumkan bahawa bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kembali ke pangkuan Umno.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment