Write For Us

Muhyiddin ucap tahniah Najib, bijak buat persepsi semua OK

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini 'mengucapkan tahniah' kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bijak menggunakan sumber-sumber untuk mewujudkan persepsi segala-galanya baik.
"Beliau pandai menggunakan sumber yang ada untuk membina persepsi bahawa semuanya berada dalam keadaan yang baik," kata bekas timbalan perdana menteri itu di Dewan Rakyat.
Muhyiddin yang juga presiden PPBM berkata, Najib menawarkan banyak 'gula-gula' kepada orang ramai dan menyamakan pemberian tersebut dengan dadah.
"Ia umpama candu ekonomi untuk membuatkan orang khayal sebentar dibuai mimpi yang indah-indah. Sedangkan penyakit sebenar ekonomi negara kita tidak dirawat," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment