Write For Us

Tahniah, ucap Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi injunksi kepada kerajaan Selangor untuk menghentikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengemukakan laporan persempadanan semula kepada Perdana Menteri turut memberi manfaat kepada seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, SPR tidak akan menggunakan persempadanan baru sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Saya nak ucap tahniah kepada seluruh rakyat negeri Selangor kerana buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara mahkamah petang semalam keluarkan arahan kenakan injunksi melarang SPR kemukakan laporan kepada perdana menteri mengenai persempadan semula yang dicadangkan.
“Ini kejayaan yang besar dan alhamdulillah bukan sahaja Selangor akan terima manfaat dari keputusan tapi seluruh negeri semenanjung Malaysia tak akan gunakan persempadanan baru sehingga PRU akan datang.
"Ini membuktikan inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk mempertahankan hak bukan sahaja rakyat Selangor tetapi seluruh negara telah hasilkan kejayaan." kata Azmin semasa berucap pada Majlis Aidilfitri Institut Darul Ehsan (IDE) di Seksyen 15 Shah Alam.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan injunksi kepada kerajaan negeri Selangor untuk menghentikan SPR daripada mengemukakan laporan persempadanan semula kepada perdana menteri.
Hakim Azizul Azmi Adnan memberi perintah itu kerana SPR tidak bersetuju dengan tafsiran kerajaan negeri Selangor mengenai seksyen 8 dalam jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan negeri Selangor pada Oktober tahun lepas memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menghentikan pelaksanaan persempadanan semula.
Hakim Azizul kemudiannya membenarkan penangguhan pertanyaan tempatan di Selangor sementara menunggu keputusan mahkamah kerajaan negeri.
"Hanya ada satu laporan kepada perdana menteri dan laporan itu hanya boleh dikeluarkan apabila semua inkuiri mengenai pelaksanaan persempadanan semula untuk semua negeri Tanah Melayu selesai.
"Tiada laporan boleh diberikan kepada perdana menteri yang tidak termasuk negeri Selangor," kata Hakim Azizul.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment