Write For Us

Sultan Johor terasa, 'saya pun Bugis'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar mengaku turut terasa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mengaitkan keturunan Bugis dengan lanun.
Baginda berkata baginda berketurunan Bugis dari Riau Lingga, Sultan Selangor keturunan Bugis dan Rakyat Johor banyak keturunan Bugis dan mempersoalkan Apa rasa orang bugis dengan kenyataan Mahathir tersebut.
Menurut laporan Berita Harian Online, Sultan Ibrahim berkata orang Bugis adalah pelaut dan menjaga laluan yang berkepentingan dan tidak memusnahkan kapal yang melalui Selat Melaka.
Kontroversi itu bermula apabila Mahathir dilaporkan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya balik ke Sulawesi, tempat asal keturunan Bugis, termasuk presiden Umno itu.
Banyak pihak tampil mendakwa Mahathir telah menghina orang Bugis.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga murka dan Dewan di-Raja Selangor menuntut siasatan dan tindakan bawah Akta Hasutan terhadap Mahathir.
Mahathir bagaimanapun berulang kali menafikan dakwaan itu dan menegaskan beliau hanya merujuk kepada Najib seorang sahaja.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment