Write For Us

Jangan salahkan menteri besar saya, kata Sultan Johor

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
149 Views
Published
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa kesilapan terbesar pernah dilakukan Johor adalah menswastakan Syarikat Air Johor.
Dalam wawancara yang dilapor News Straits Times, Sultan Ibrahim berkata masalah air negeri sekarang membuatkan beliau tidak tidur malam memikirkannya.
Tegasnya, rekod hujan tahun ini separuh berbanding tahun lalu di mana Empangan Congok di Mersing sudah kering sehingga menyebabkan catuan air di Mersing.
Sultan Johor juga berkata negeri tidak perlu melihat jauh untuk belajar menguruskan sumber air.
Jelasnya lagi, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak boleh dipersalahkan kerana dasar penswastaan air Johor dibuat sebelum Khaled.
Syarikat Air Johor diswastakan pada 1999 semasa pentadbiran Menteri Besar Abdul Ghani Othman.
Attachments area
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment