Write For Us

90 NGO serah memo pertahan Jawi pada Dong Zong

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Presiden Angkatan Gerak Minda Malaysia (Agra), Ashraf Mustaqim ketika bercakap kepada pemberita, memaklumkan bahawa hasrat sebenar mereka adalah untuk berdemonstrasi hari ini, sebagai tindak balas kepada demonstrasi lain yang dilaporkan akan turut dianjurkan pihak Dong Jiao Zong.
“Tapi, kita menarik balik demonstrasi tersebut. Kita biarkannya hanya sekadar menjadi satu penyerahan memorandum untuk kita santuni pihak Dong Jiao Zong, supaya kita saling boleh melaksanakan perbicangan lanjutan.
“[...] Cuma saya nak tekankan, jika ada lagi orang tak menghormati (isu ini), kita mungkin akan tingkatkan sikit desakan kita, kita akan gembleng lebih ramai orang, dan kita harap perkara begini jangan lagi orang persoalkan,” katanya lagi.
Antara NGO yang menyokong memorandum tersebut ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Generasi Melayu Baru, Biro Kebajikan & Sahabat Amanah, Biro Keselamatan Armada Nasional, dan lain-lain.
Isu itu menjadi kontroversi bulan lalu apabila sebahagian masyarakat bukan Melayu membantah rancangan memperkenalkan enam muka surat mengenai seni khat dan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Darjah 4 di sekolah vernakular.
Hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan soalan lazim berkaitan pengenalan tulisan Jawi untuk pelajar sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil bagi memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment