Write For Us

‘Keputusan ratifikasi ICERD selepas berbincang dengan semua kaum’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Kerajaan hanya akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selepas berbincang dengan semua kaum, kata perdana menteri.
Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu pemberita hari ini bahawa beliau telah menyatakan sebelum ini bahawa meratifikasi konvensyen itu bukan tugas mudah kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum.
Beliau menjawab soalan wartawan mengenai pendirian Putrajaya terhadap ICERD dan jika ia akan meratifikasi konvensyen itu pada tahun hadapan.
ICERD menjadi isu hangat sejak beberapa minggu lalu selepas Menteri di Jabatan Perdana menteri, P Waythamoorthy berkata kerajaan akan memeterai konvensyen itu pada suku pertama tahun depan.
Ini mencetuskan kekecohan di kalangan beberapa kumpulan termasuk Pemuda Umno, yang mendakwa bahawa ICERD bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan khususnya bercanggah dengan hak istimewa Bumiputera dan meminggirkan Majlis Raja-raja Melayu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment