Write For Us

PERKASA sambut pembatalan ratifikasi ICERD dengan takbir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali bersama beberapa penyokongnya melaungkan takbir beberapa kali sebaik sahaja menerima keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd).
Beliau melaungkan takbir selepas mendapat tahu keputusan terbaru kerajaan itu, kira-kira 30 minit selepas perhimpunan anti-Icerd anjurannya di Petaling Jaya selesai.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi satu kenyataan dari pejabat perdana menteri hari ini menegaskan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD.
Terdahulu, dalam hujan lebat, Ibrahim bersama 50 penyokongnya mengadakan bantahan membantah Icerd dan Akta Hasutan di Masjid Ara Damansara.
Ibrahim berkata keputusan hari ini akan meredakan keresahan masyarakat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment