Write For Us

PERKASA istihar 'perang' dengan MIC

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
154 Views
Published
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melancarkan "perang" terhadap rakan kompenan BN-MIC selepas dilihat terus menerus menyentuh sensitiviti umat Islam.
Malah, Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata PERKASA akan memulakan kempen tolak MIC bermula Jumaat ini di Parlimen Segamat yang merupakan kawasan kerusi Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramanian.
"Kenyataan yang jelas menyatakan PERKASA cuba semarakan IS di Malaysia sangat biadap, kurang ajar dan membabi buta. Kenyataan itu membuatkan PERKASA hilang sabar.
"Kami rasa ini kenyataan yang paling jahat sekali yang mana seorang pemimpin MIC yang anggota partinya tak seberapa, yang menang kerusi tak seberapa atas undi Melayu mengelurkan kenyataan biadap terhadap PERKASA.
"Maksudnya dia cari pasal sebenarnya," kata Syed Hassan salam sidang media di ibu pejabat PERKASA Kuala Lumpur, hari ini.
Syed Hassan berkata demikian mengulas laporan akhbar dalam talian The Star Online bertajuk "Take Action Against Zakir Naik, MIC Urges Police" bertarikh 12 Mei lepas.
Mengulas lanjut, Syed Hassan berkata meskipun laporan akhbar tersebut tidak secara langsung mengaitkan PERKASA dengan IS tetapi berlainan dengan beberpa maklumat yang diterima NGO itu.
"The Star 'play safe' tak petik keseluruhan kenyataan Vell Paari tapi kami jumpa kenyataan bertulis beliau dalam satu kumpulan WhatsApp dan sebuah portal berita yang kami sendiri tak tahu siapa,"kata Syed Hassan.
Oleh demikian, Syed Hassan mendesak Bendahari Agung, Datuk Seri S Vell Paari menafikan kenyataan itu sekali gus memohon maaf.
"Kita anggap itu kenyataan beliau walaupun ia samar-samar tetapi kalau tak benar kita minta dia nafikan.
"Jika, beliau tidak nafikan barisan peguam kami akan lanjutkan tindakan undang-undang," kata Syed Hassan.
Selain itu, Syed Hassan menegaskan adalah haram untuk umat Islam mengundi MIC pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang.
"Kita akan kempen kepada umat Islam bahawa mengundi MIC adalah haram kerana mereka menghina Islam, berapa kali kenyataaan MIC menghina Islam?
"Jadi, hari ini kita lancarkan perang kerana kami dan hilang sabar," kata Syed.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment