Write For Us

Apakah PAS suruh MP istihar harta? 'itu urusan dalaman kami'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Pengisytiharan harta ahli politik tidak semestinya dibuat secara terbuka, kata Anggota parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus).
“Deklarasi aset itu adalah hak yang kita boleh laksanakan terhadap rakyat, tapi bukan semesti secara terbuka, (tetapi) secara parti, dalaman kerana isytihar aset terbuka boleh mendedahkan kepada pelbagai serangan lain terhadap pemilikan harta.
“Ada pro dan kontra,” katanya yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS.
Khairuddin berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada pengisytiharan harta perlu dibuat secara telus bagi menjawab tentang isu “kekayaan” beliau.
Soalan itu diajukan oleh bekas rakan seperjuangannya Mujahid Yusof (AMANAH-Parit Buntar) yang kini bersama parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).
Mujahid bertanya demikian setelah Khairuddin menyifatkan dakwaan PAS menerima duit Umno sebagai fitnah, dengan menjadikan serangan terhadap pembelian keretanya sebagai contoh.
Sementara itu, tidak puas hati dengan jawapan Khairuddin, Mujahid terus mengasak beliau dalam isu pengisytiharan harta itu.
Mujahid bertanya Apakah PAS ada sistem untuk suruh ahli parlimen isytihar aset di hadapan pimpinan dan Khairuddin berkata itu adalah urusan dalaman parti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment