Write For Us

'Kami tidak akan berganjak, kami bukan musuh demokrasi berparlimen'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
263 Views
Published
Dianggap sebagai Tunjang Keempat, media dalam masyarakat demokratik sering dilihat sebagai penghunus pedang, berdiri mengawal kepentingan umum daripada salah laku golongan kaya serta berpengaruh.
Sejak detik awal penubuhannya 17 tahun lalu, Malaysiakini memainkan peranannya untuk misi ini.
Ekoran kekangan ketat undang-undang dan peraturan mengawal media - yang menyebabkan hampir mustahil untuk menyebarkan pandangan berbeza daripada naratif rasmi - wartawan serta pengarang Malaysiakini memilih ruang siber.
Sejak itu mereka menyajikan rakyat Malaysia dengan berita dan pandangan - kebanyakannya tidak dapat dilihat di tempat lain - dan ia mengundang pujian, sekali gus kecaman.
Malaysiakini sedang disiasat polis kerana didakwa cuba melakukan aktiviti "memudaratkan demokrasi berparlimen".
Terkejut dengan tuduhan keterlaluan ini, ia menimbulkan persoalan, bagaimana laporan berita berdasarkan fakta disamakan dengan cubaan untuk memudaratkan prinsip demokrasi?
Tugas mereka tidak pernah menghasut orang awam untuk menggulingkan kerajaan melalui kaedah tidak demokratik.
Malaysiakini tidak akan berganjak daripada misi untuk menyatakan kebenaran kepada penguasa dan dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment