Write For Us

Najib: Pembatalan perjanjian dengan IWH-CREC muktamad

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd tidak lama lagi akan mengumumkan proses permintaan untuk cadangan (RFP), menjemput 'penyataan minat' bagi peranan pemaju induk Bandar Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dilantik sebagai Pengerusi kedua-dua TRX City dan Bandar Malaysia, dan akan mengetuai pasukan yang bertanggungjawab secara keseluruhan bagi projek ini, selain menjana pendapatan bagi baki aset hartanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Selain itu, kata Najib, dalam usaha untuk memastikan negara dan rakyat mendapat manfaat sebanyak mungkin, Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemilikan 100 peratus Bandar Malaysia.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata penamatan perjanjian sebelum ini dengan IWH CREC Sdn Bhd adalah muktamad.
Jelasnya, proses pemilihan untuk pemaju induk akan melibatkan kriteria yang ketat, termasuk prestasi yang telah terbukti, kemampuan menyiapkan projek, rekaan kandungan, dan keupayaan kewangan untuk menyiapkan projek sebesar ini bagi memastikan tawaran yang mempunyai nilai tertinggi diperolehi.
Najib berkata kriteria yang ketat itu penting berikutan Bandar Malaysia menjadi kunci untuk membentuk Kuala Lumpur sebagai antara ibukota utama dunia, memacu transformasi negara Malaysia ke hadapan.
Beliau berkata bukan sekadar pejabat dan menara kediaman, kerajaan mahu Bandar Malaysia menjadi pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan pekerjaan, termasuk bagi KL Internet City yang baharu - hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia.
Beliau menjelaskan berdasarkan kepada kepentingan projek ini, penting bagi Bandar Malaysia mempunyai kepimpinan, rakan kongsi dan struktur pemilikan yang tepat bagi memastikan potensi penuhnya dapat direalisasikan, untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment