Write For Us

Jangan kaitkan himpunan anti-Icerd dengan rusuhan – PAS, Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
PAS percaya himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) nanti dapat meredakan ketegangan kaum di Malaysia.
Keyakinan ini ternyata berbeza dengan kebimbangan setengah pihak, terutama selepas rusuhan tercetus di Subang Jaya, awal pagi Selasa.
Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan himpunan di Dataran Merdeka pada 8 Disember nanti bukanlah berunsurkan perkauman dan semua rakyat yang cintakan kedamaian daripada semua kaum diundang.
Beliau turut meminta agar tidak ada pihak yang mengaitkan himpunan yang berbaki sepuluh hari lagi itu dengan rusuhan di kuil baru-baru ini.
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa turut menyuarakan pendapat senada agar himpunan Icerd tidak dikaitkan dengan isu rusuhan kuil di Seafield.
Bagaimanapun, beliau mengaku permohonan permit masih belum mendapat kelulusan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di parlimen hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment