Write For Us

Himpunan ICERD: Jangan cetus provokasi - KPN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan peserta perhimpunan aman membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) petang ini supaya tidak mencetuskan sebarang provokasi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata ini kerana PDRM sudah bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Beliau berkata, sejak semalam PDRM sudah membuat pemantauan dan jumlah peserta perhimpunan pada pagi ini dianggar seramai 5,000 orang dan jumlah itu dijangka meningkat petang ini.
“PDRM telah buat persiapan serapi mungkin dan kami berdoa dan berharap agar tiada apa-apa yang berlaku pada petang ini.
“Sekiranya perhimpunan ICERD ini tidak selesai selepas 6 petang ini, PDRM akan terus memantaunya sehingga ke pagi esok dan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Berkhatan Perdana PDRM 2018, di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment