Write For Us

‘Kita bukan penceroboh, kami peneroka bandar’ - Penduduk Kg Setia Jaya gesa campur tangan PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Penduduk Kampung Setia Jaya yang mendiami kawasan tersebut sejak awal 80-an menegaskan bahawa mereka adalah peneroka bandar dan bukan menceroboh kawasan tersebut.

512 penduduk kampung dilaporkan akan kehilangan rumah mereka selepas pemilik tanah yang juga sebuah institusi pendidikan tinggi menggunakan saluran mahkamah untuk arahan pengosongan tanah.

Sementara itu, seorang penduduk asal Kg Setia Jaya, Zainal Abidin Napi menegaskan bahawa mereka bukan penceroboh di tanah tersebut malah mereka merupakan kumpulan peneroka yang pertama membuka perkampungan di situ.

Zainal menyeru pihak atasan termasuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri campur tangan agar isu yang berlaku tidak berpanjangan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment