Write For Us

PPIM gesa KPDNKK campur tangan isu Caltex henti kontrak 15 pengusaha

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Setelah mendapatkan pelbagai rundingan yang tidak berbalas bersama Chevron Malaysia atau lebih dikenali sebagai Caltex, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merayu agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) campur tangan berhubung tindakan syarikat Caltex Malaysia yang menghentikan kontrak terhadap 15 stesennya tanpa sebarang alasan.
Menurut bekas pengusaha stesen minyak Caltex, Fadzilah Abdul Hamid beliau telah menghantar surat kepada wakil pihak Caltex bagi membuat dua tuntutan.
Malang buat Fadzilah apabila para pegawai yang mereka mahu temui tidak berada di pejabat mereka atau di luar negara.
Antara tuntutan tersebut mahu satu pertemuan antara pihak pengurusan Caltex, 15 bekas pengusaha stesen minyak Caltex, wakil PPIM dan wakil dari pihak KPDNKK dalam satu masa dan tarikh lain yang dipersetujui semua pihak.
Surat tuntutan diserahkan kepada wakil pihak Caltex, Mokhtar Ali Ismail daripada bahagian korporat syarikat Caltex.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment