Write For Us

‘Najib selamat di luar negara kerana kedudukannya tinggi’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad yakin tiada tindakan yang akan dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak kerana "kedudukannya yang tinggi" walaupun sebelum ini ada spekulasi bahawa perdana menteri mungkin ditangkap polis antarabangsa kerana dakwaan kesalahan pengubahan wang haram.
Bercakap kepada wartawan selepas satu forum di Kuala Lumpur pagi ini, katanya semua cakap-cakap mengenai pengubahan wang haram hanya terhad kepada orang kecil saja.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai siasatan di luar negara mengenai skandal kewangan 1MDB serta individu yang dilaporkan rapat dengan Najib. Perdana Menteri kini di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment