Jabatan Imigresen memberi pengesahan mereka kini menyenarai hitam nama Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.
Dengan keputusan itu bekas perdana menteri terbabit serta isterinya tidak boleh meninggalkan negara ini untuk apa-apa urusan pun, termasuk bercuti.
Kenyataan Jabatan Imigresen itu dibuat sejurus sebelum Najib mengeluarkan kenyataan mengenai rancangannya berehat seketika selepas mengharungi pilihan raya umum ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei lalu.
Dalam kenyataannya Najib yang juga pengerusi BN berkata beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas keputusan PRU ke-14 yang menyaksikan Pakatan Harapan (HARAPAN) menguasai Putrajaya.
Ia adalah kekalahan pertama BN - yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan - dalam sejarah negara.
Selain gagal mendapat majoriti di Dewan Rakyat, BN juga kehilangan sebahagian besar negeri di seluruh Malaysia.
Setakat ini BN hanya menguasai Dewan Undangan Negeri Perlis dan Pahang di Semenanjung Malaysia. Kelantan dan Terengganu pula ditadbir oleh PAS.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment