Write For Us

Dewan kecoh isu Najib tak disenarai hitam, MP Jelutong diarah keluar

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time 0:00
 
1x
E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
60 Views
Published
Ahli Parlimen, RSN Rayer (PH-Jelutong), diarahkan keluar Dewan Rakyat selepas mengingkari arahan supaya tidak mengganggu sesi penggulungan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, hari ini.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, mengarahkan beliau keluar Dewan Rakyat selama 20 minit kerana enggan duduk dan berhenti mengganggu perbahasan Tengku Zafrul apabila diminta berbuat demikian walaupun amaran sudah diberikan.

Ia berikutan Rayer berulang kali mendesak Tengku Zafrul menjawab kenapa Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) tidak disenarai hitam dan masih dibenarkan ke luar negara walaupun gagal membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Show more
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment