Write For Us

Peminjam disenarai hitam PTPTN bayar balik pinjaman RM1.84 bilion

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
73 Views
Published
Sebanyak 60 peratus peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membayar balik pinjaman mereka melibatkan sejumlah RM1.84 bilion sehingga Februari tahun ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata jumlah itu dapat menampung kira-kira 76,000 pelajar sehingga mereka tamat pengajian.
“Ini merupakan kesan positif daripada tindakan menyenarai hitam peminjam yang lalai membayar pinjaman. Ia jelas menunjukkan tindakan tersebut bukan untuk menindas tetapi mendidik peminjam supaya mereka lebih berintegriti dan bertanggungjawab membayar hutang,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) di Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Khairuddin bertanya tentang prosedur menyenaraihitamkan individu yang gagal membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN setelah menamatkan pelajaran.
Yap berkata tindakan menyenarai hitam merupakan langkah terakhir PTPTN setelah notis bayaran balik dan peringatan dihantar kepada peminjam.
Dalam pada itu, beliau berkata PTPTN menyediakan pelbagai kemudahan kepada peminjam antaranya program #BolehBincang yang membuka ruang kepada peminjam untuk berunding dengan perbadanan itu.
Katanya, kaedah bayaran balik yang ditawarkan dalam program itu adalah sama ada untuk mengurangkan ansuran bulanan melalui penstrukturan semula pinjaman mengikut kemampuan sehingga peminjam berumur 60 tahun, atau membuat penangguhan bayaran balik sehingga 24 bulan, sekiranya peminjam masih belum mendapat pekerjaan. -Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment