Write For Us

PTPTN sedia pertimbang rayuan peminjam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia mendengar rayuan peminjam yang memerlukan pertimbangan khas berhubung kaedah bayaran balik PTPTN menerusi skim Potongan Gaji Berjadual.
Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan semalam berkata beliau mengambil maklum pandangan dan cadangan yang disuarakan susulan pengumumannya semalam berhubung pelaksanaan skim itu sebagai kaedah bayaran balik bermula Januari tahun depan.
Beliau menjelaskan bahawa melalui perjanjian yang ditandatangani itu, peminjam telahpun bersetuju untuk membuat bayaran balik mengikut apa juga skim yang ditetapkan oleh PTPTN, termasuk potongan gaji melalui majikan.
Berhubung komen mengenai kuasa majikan membuat potongan gaji, beliau berkata di bawah Seksyen 29, Akta PTPTN 1997 memperuntukkan kuasa kepada perbadanan itu untuk mengarahkan majikan melaksanakan potongan gaji ke atas peminjam.
Wan Saiful berkata dasar baharu PTPTN itu adalah bagi memastikan perbadanan berkenaan dapat terus membantu generasi yang akan datang.
Beliau juga mempersoalkan adakah pilihan kerajaan mahu memberi keutamaan kepada peminjam hari ini, atau memastikan kelestarian PTPTN supaya jutaan anak-anak kecil mempunyai dana untuk masuk institusi pendidikan tinggi pada masa akan datang.
Walaupun ia bukan keputusan mudah, katanya, ia membabitkan dua kelompok yang mempunyai keutamaan yang berbeza.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment