Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan Pakatan Harapan mengaku kepada rakyat bahawa mereka gagal memansuhkan PTPTN seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum-14 lalu.
Tulisnya di Facebook, kata Najib secara sinis, kerajaan wajar memohon maaf kepada semua peminjam PTPTN dengan menghadiahkan sehelai tuala Good Morning setiap seorang.
Jelasnya, jika janji tidak boleh ditepati, sekurang-kurangnya kerajaan hari ini hanya salin dan buat apa yang kerajaan Barisan Nasional lakukan dahulu.
Ini susulan pengumuman PTPTN bahawa mereka memerlukan masa tambahan sehingga setahun lagi untuk membuat kajian mencari kaedah pembayaran PTPTN baru.
Dalam program Ala Carte Pagi Bernama Radio, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata, tempoh itu diperlukan bagi mendapatkan formula baru kaedah pembayaran pinjaman melalui perbincangan dengan pihak berkepentingan serta mengambil kira maklum balas yang diterima daripada semua pihak.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment