Write For Us

‘PM boleh diguling melalui pilihan raya’ – Mat Sabu

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time 0:00
 
1x
E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata beliau tidak menerima apa-apa maklumat berhubung usaha menggulingkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri melibatkan pihak dalam Pakatan Harapan (PH).
Namun dalam negara demokrasi, katanya lagi, ia perkara biasa jika membabitkan persaingan kuasa antara parti politik yang ada.
"Perdana menteri boleh digulingkan (tetapi) melalui pilihan raya. Ada parti pembangkang (jadi) ia perkara biasa.
"Tetapi dari dalam PH sendiri? Saya belum terima maklumat tentang perkara itu," katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.
Semalam, bekas pemimpin Umno Khairuddin Abu Hassan mendakwa ada komplot untuk menggulingkan Mahathir oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Show more
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment